Matlamat simpan emas

MATLAMAT SIMPAN EMAS Emas bukan sekadar pelaburan tetapi ianya adalah simpanan atau tabungan untuk kita capai matlamat kita pada masa depan. Kenapa simpan emas? Sebab emas mempunyai banyak kelebihan berbanding wang kertas sebagai simpanan dalam jangka masa panjang. Jika anda simpan wang kertas anda akan perasaan berapa banyak nilai duit merosot dan kuasa beli menurun dalam 20 tahun ni. Berbeza jika anda simpan emas. Ia mengekalkan kuasa beli dan nilai lebih terjamin. Saya gunakan 1 dinar sebagai mas kahwin, 50 gram untuk deposit rumah, simpan 10 dinar untuk menunaikan umrah dan sebagai tabung pengajian tinggi, dana kecemasan serta dana persaraan. Anda mesti ada matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Anda mesti ada azam. Ia akan memacu kita untuk capai cita cita dan impian. Ikhlas, Adam Fahmi Ghazali