Kenapa perlu simpan emas?

 Kenapa Perlu Simpan Emas?


1. Sengaja saya letakkan tajuk diatas sebagai permulaan bicara. Ianya lebih straight forward untuk membawa kita terus kepada perbincangan.


2. Jika kita pecahkan simpanan kita kepada dua iaitu simpan duit Dibank & simpan emas, kita akan dapati simpanan emas “Nampak Miskin” sebab ianya tidak dipengaruhi Oleh Nombor #RM. Simpan Emas dipengaruhi nombor kepada #GRAM


3. Akan tetapi, jika kita lihat dari sudut lain, Nilai Duit tidak dapat kekalkan kuasa untuk membeli. Setiap tahun nilainya jatuh dan merosot. Keadaan ini Pakar namakan sebagai inflasi. 


4. Untuk mudah faham, dengan duit RM50 Tahun 90an, kita boleh beli 100 bungkus nasi lemak kerana harga nasi lemak ketika itu sekitar RM0.50


5. Tahun 2021 pula, harga nasi lemak sekitar RM1 bagi sebungkus. Bermaksud dengan duit RM50, kita boleh beli 50 bungkus sahaja. Jadi 100 bungkus & 50 bungkus sudah semestinya beza.


6. Untuk Emas pula ada ketika Harga naik dan ada ketika turun. Itu Adalah Normal. Cuma untuk tempoh jangkamasa panjang, kita akan lihat Harga emas naik. Nilainya Semakin mahal dan tinggi.


Kita ambil Contoh sebenar, 


Tahun 2019

= Sekilo RM184Ribu


Tahun 2020

= Sekilo RM215Ribu


Tahun 2021

= Sekilo RM272Ribu


7. Daripada RM184Ribu meningkat menjadi RM272Ribu. Perbezaan untuk 3 tahun ini sekitar RM88Ribu.


8. Nilai RM88Ribu Mungkin sikit bagi setengah orang tetapi nilai tersebut boleh bangunkan sebuah rumah sederhana besar jika kita mempunyai sebidang tanah.


9. Simpan aset emas untuk miliki Aset lain. Best kan?


10. Jadi, letakkan emas dalam portfolio simpanan kita.




[Fairuz Aziz 

Master Dealer Public Gold ]


Comments

Popular posts from this blog

Emas perhiasan penyimpan lebihan aliran tunai

EPP PG Jewel