Posts

Showing posts with the label Emas

Harga emas sentiasa naik

Image
Turun naik emas dalam setahun itu adalah perkara biasa. Yang pasti, untuk jangka masa panjang, harga emas akan naik. Pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang sekurang-kurangnya untuk 2-3 tahun. Bukannya hari ni beli, esok lusa dah nak jual semula. Harga emas turun adalah peluang untuk kita tambah aset pelaburan. Gambar ni menunjukkan kuasa beli emas. Pada tahun 2000, nilai 1kg bar emas 999.9 mampu membeli sebuah kereta MYVI. Tetapi, semua sedia maklum, harga emas sentiasa naik, walau pun sedikit dari tahun ke tahun. Pada tahun 2019, walaupun harga kereta MYVI tersebut juga naik, tetapi nilai 1kg bar emas 999.9 mampu untuk membeli 4 buah kereta MYVI. Jadi, mulalah menabung sekarang untuk kegunaan masa hadapan, walaupun serendah RM100, atau 1g setiap bulan melalui akaun simpanan emas GAP. Dapat sahaja gaji, terus beli dan simpan emas. Jangan tunggu lagi, wasap saya sekarang. Mazni, Public Gold Dealer PG00241745 www.wasap.my/60185760862

Susahnya nak simpan duit.

Image
  "Emas, lagi dipandang, lagi bertambah simpanan kita. Duit dalam akaun bank, lagi disemak bakinya, lagi cepat duit itu habis dibelanjakan! Pelik tetapi itulah realitinya." Apabila rasa ada duit, mulalah gatal tangan, membeli itu dan ini. Lama kelamaan, simpanan pun berkurangan. Walaupun pepatah mengatakan "simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit", namun realiti yang berlaku ialah "simpan sikit-sikit, lama-lama masih sikit". Ini adalah satu "penyakit" kewangan. Simpan sikit-sikit, tetapi sekali 'bocor' banyak jumlahnya. Awal bulan potong gaji masuk ke akaun simpanan, pertengahan bulan 'korek semula'. Jadi, ada satu cara untuk kekalkan simpanan ini iaitu "Simpan dan lupa (forgotten saving)". Duit itu hanya dikeluarkan apabila benar-benar dalam kecemasan atau ada peluang pelaburan yang lebih baik. Caranya adalah dengan menyimpan emas sebagai "Simpan dan lupa". Simpan 1g 1 bulan, atau jika tak dapat, RM100 1 bula...

Matlamat simpan emas

Image
 MATLAMAT SIMPAN EMAS Emas bukan sekadar pelaburan tetapi ianya adalah simpanan atau tabungan untuk kita capai matlamat kita pada masa depan.  Kenapa simpan emas? Sebab emas mempunyai banyak kelebihan berbanding wang kertas sebagai simpanan dalam jangka masa panjang.  Jika anda simpan wang kertas anda akan perasaan berapa banyak nilai duit merosot dan kuasa beli menurun dalam 20 tahun ni. Berbeza jika anda simpan emas. Ia mengekalkan kuasa beli dan nilai lebih terjamin. Saya gunakan 1 dinar sebagai mas kahwin, 50 gram untuk deposit rumah, simpan 10 dinar untuk menunaikan umrah dan sebagai tabung pengajian tinggi, dana kecemasan serta dana persaraan.  Anda mesti ada matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Anda mesti ada azam. Ia akan memacu kita untuk capai cita cita dan impian.  Ikhlas,  Adam Fahmi Ghazali

Kenapa perlu simpan emas?

Image
 Kenapa Perlu Simpan Emas? 1. Sengaja saya letakkan tajuk diatas sebagai permulaan bicara. Ianya lebih straight forward untuk membawa kita terus kepada perbincangan. 2. Jika kita pecahkan simpanan kita kepada dua iaitu simpan duit Dibank & simpan emas, kita akan dapati simpanan emas “Nampak Miskin” sebab ianya tidak dipengaruhi Oleh Nombor #RM. Simpan Emas dipengaruhi nombor kepada #GRAM 3. Akan tetapi, jika kita lihat dari sudut lain, Nilai Duit tidak dapat kekalkan kuasa untuk membeli. Setiap tahun nilainya jatuh dan merosot. Keadaan ini Pakar namakan sebagai inflasi.  4. Untuk mudah faham, dengan duit RM50 Tahun 90an, kita boleh beli 100 bungkus nasi lemak kerana harga nasi lemak ketika itu sekitar RM0.50 5. Tahun 2021 pula, harga nasi lemak sekitar RM1 bagi sebungkus. Bermaksud dengan duit RM50, kita boleh beli 50 bungkus sahaja. Jadi 100 bungkus & 50 bungkus sudah semestinya beza. 6. Untuk Emas pula ada ketika Harga naik dan ada ketika turun. Itu Adalah Normal. Cu...

Cerita Dinar

Image
  Cerita Dinar Public Gold telah memperkenalkan dinar sebagai salah satu produk emas fizikal pelaburan semenjak penubuhan syarikatnya 1 dinar adalah bersamaan dengan berat 4.25g. Dinar keluaran pertama Public Gold adalah berketulenan 916 (22K) pada tahun 2008. Pengeluaran 1 dinar 916 ini telah di hentikan pada awal 2014 kerana kehadiran cukai GST. Produk emas tempatan dikenakan cukai. Sebagai alternatif, Public Gold telah membawa masuk 1 dinar 999 (24K) keluaran Nadir Metal Rafineri, Turki. Emas keluaran Nadir ini bertaraf LBMA dan ia kecualikan cukai GST.  Bermula dari situlah, berlaku sedikit demi sedikit ‘revolusi’ dinar emas Public Gold Di atas permintaan yang tinggi pada syiling dinar, bermula lewat tahun 2019 Public Gold telah membuat keputusan untuk mengeluarkan 1 dinar buatannya sendiri. Memandangkan GST telah di mansuhkan pada tahun 2018, emas keluaran tempatan adalah lebih mampu milik. Kebergantungan stok pada kilang Nadir juga dapat di kurangkan dan dinar yang bahar...

3 Cara Belian Emas Public Gold

Image
 3 CARA BELIAN EMAS PUBLIC GOLD Suka saya tegaskan Public Gold bukan syarikat pelaburan yang menawarkan keuntungan bulanan, dividen tahunan atau apa apa skim yang menjanjikan bulan dan bintang. Public Gold adalah syarikat jual beli emas sama seperti Poh Kong, Tomei, dan kedai emas lain. Ketiga tiga cara belian telah disahkan patuh syariah. Tak ada istilah beli confirm kaya. Anda sendiri kena usaha, konsisten dan disiplin menyimpan.  Jadi jangan risau. Beli emas confirm dapat emas. Saya dah simpan sejak 2012. Tak pernah dengar lagi orang tak dapat emas.. Public Gold sediakan 3 cara belian : 1. Outright - Full Payment (Bayaran Penuh)  Sesuai untuk yang ada modal lebih RM 1000 untuk beli gold bar 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1000g atau 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.  Prosesnya : order emas (lock harga), buat bayaran, ambil emas di branch pilihan dan simpan sendiri.  2) Outright - Syariah Easy Payment Purchase (Beli emas bayar 4x atau 10x) Sesuai untuk sahabat yang he...

Emas vs ASB

Image
 EMAS TAK BOLEH COMPARE DENGAN ASB -------------------------------------------------------------------- Emas #tak_boleh compare dengan ASB. Ia comparison yang tak kena. Macam compare tukul dengan kapak. Walaupun kapak pun boleh juga ketuk paku, tapi fungsi kapak sebenar untuk potong kayu. ASB ada dividen, emas tak ada. ASB aset kertas, emas aset fizikal. Emas nampak barangnya, ASB hanya ada nombor dan kertas je. Ketika ASB bagi dividen, emas tak ada apa-apa. ASB nombornya kekal, emas nombor harganya berubah-ubah. Bila ringgit jatuh, harga emas naik mendadak mengimbangi kejatuhan itu sedangkan ASB walaupun nombornya bertambah tetapi kuasa belinya jatuh bila ringgit jatuh. Sebab itu pakar kewangan Azizi Ali sarankan, 10% kekayaan mesti disimpan dalam bentuk emas. Tak pernah ada pakar kewangan sarankan simpan emas 100%. Emas hanya satu daripada banyak alat kewangan. Alat kewangan yang memiliki CIRI-CIRI IDAMAN HATI hanyalah pelaburan yang di tawarkan oleh SKIM CEPAT KAYA (LINGKUP) sah...

Akaun Emas Public Gold (GAP)

Image
  AKAUN EMAS PUBLIC GOLD (GAP) - SEBAGAI TABUNG GAJI - Gold Accumulation Program (GAP) sesuai untuk dijadikan sebagai "TABUNG GAJI" bagi mereka yang susah nak simpan duit setiap bulan. Kebiasaannya mereka yang makan gaji setiap bulan, memang susah nak simpan duit. Ada saja yang nak dibeli, contohnya belanja kepada perkara yang tidak menambah nilai kekayaan (bukan keperluan). Beli bermacam perkara sehinggalah duit gaji habis, baru kita rasa puas. Tapi kepuasan tu hanya sementara saja, lepas pada itu kita mula "nganga" tak ada simpanan. Dengan wujudnya akaun emas GAP ini, kita dapat mendisiplinkan diri untuk menyimpan setiap bulan. Tetapkan matlamat untuk menyimpan sekurangnya RM100 atau beli ikut harga 1gram emas setiap bulan (paksa diri). Akaun emas GAP adalah satu cara terbaik untuk simpan duit sebab duit kita sudah bertukar jadi emas. Bila duit sudah bertukar jadi emas, akan ada perasaan sayang untuk membelanjakannya dan kita ada keinginan nak kumpul emas lebih ba...

Inflasi

Image
 I N F L A S I Inflasi bermaksud kenaikan secara umum pada harga barang, inflasi akan mengurangkan kuasa beli kita. Jika hari ini dengan jumlah duit yang sama, kita tidak dapat membeli barang yang sama seperti 10 tahun lepas. Inflasi berlaku kepada semua negara di seluruh dunia, apa yang beza adalah tinggi atau rendah kadar inflasi. Ada sesetengah negara pernah dilanda hiper-inflasi. Hiper-inflasi bermaksud kadar inflasi sangat tinggi sehinggakan harga boleh naik mendadak dalam hari yang sama, contohnya harga barang keperluan pada pagi harga RM10 boleh jadi RM12 pada sebelah petang. Contoh negara terdekat yang teruk dilanda hiper-inflasi adalah Venezuela, hari ini kalau rakyat Venezuela nak beli telur ayam perlukan berbilion Bolivar Venezuela. Adehhh.😅 Rakyat Venezuela semuanya billionaire tetapi hakikatnya miskin sebab terkesan oleh kejatuhan ekonomi dan nilai matawang negara mereka. Kaya diatas kertas tapi realitinya miskin. 😢 Nilai duit kertas tidak mampu untuk buat beli baran...

Emas sebagai medium untuk capai matlamat

Image
EMAS SEBAGAI MEDIUM UNTUK CAPAI MATLAMAT  Seperti yang kita maklum,emas fizikal kita boleh beli serendah 1gram.Ini merupakan cara terbaik untuk kita beli sikit-sikit dan simpan kerana harganya lebih mampu milik dan saiznya kecil. Oleh itu,jadikan emas sebagai medium untuk kita capai matlamat kita seperti beli rumah,tanah,simpanan pendidikan dan lain-lain. Oleh kerana emas dapat di beli dengan saiz yang kecil serendah 1gram,ini membolehkan kita kumpul sedikit demi sedikit mengikut bajet kita dan tidak terlalu membebankan. Tanah atau rumah kita tidak boleh beli dengan saiz yang begitu kecil,tidak boleh beli 1 kaki,tapi perlu beli dengan saiz yang besar dan perlukan duit yang banyak. Bila kita rasa sudah cukup nilai emas yang kita simpan untuk kita tukar kepada aset lain seperti tanah,jual emas yang kita ada dan beli tanah tersebut.Kita boleh dapat aset lain tanpa perlu berhutang. Begitulah emas di fungsikan.Tidak perlu simpan terlalu lama.Jika ada keperluan,gunakan emas yang ada deng...

Emas vs wang kertas

Image
 Kita takut melihat harga emas ada naik dan ada turun, akhirnya kita pun takut nak simpan emas. Kita lebih yakin simpan duit kertas sebab nombor pada kertas tak berubah. Tapi disebalik apa yang  perlu kita takutkan ialah turun nilai (kuasa beli) pada duit kertas. Emas lagi turun harga, lagi berebut-rebut orang beli. Duit kertas lagi turun nilai, lagi cepat-cepat orang cabut lari. Jika kita kaji sejarah tamadun manusia, belum pernah nilai emas menjadi kosong.  Belum pernah ada sejarah emas di buang atau jadi bahan "sepak terajang" orang dek kerana nilainya jadi kosong. Cuba kita lihat sejarah pada duit kertas yang telah banyak dibuktikan (tanya Dr Google). Duit kertas jadi kosong tidak bernilai walaupun nombor pada kertas tu tidak berubah atau bertambah. Seperti duit kertas Zimbabwe. Walaupun nombor banyak pada kertas, tapi hakikat sebenar kuasa beli pada duit kertas tu kosong tidak bernilai. Nilai duit kertas bukan pada kertas tu. Ia bernilai diatas jaminan sesebuah keraj...

Kisah karipap misteri

Image
𝗠𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗔𝗥𝗜𝗣𝗔𝗣 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 Dulu-dulu tahun 90an dengan RM1.00 kita boleh beli karipap (5 bijik singgit). Yang lahir tahun 90an memang tak tahu la ye.🤭 Tapi sekarang jumlah karipap jadi misteri, 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜? Yela, misteri sebab bilangan karipap dah hilang tak tahu ke mana dengan duit seringgit yang sama. Duit singgit sekarang hanya mampu beli mungkin 2 biji je karipap. Mana lagi 3 biji? Ha, ini la yang dikatakan 𝗜𝗡𝗙𝗟𝗔𝗦𝗜 terhadap duit seringgit tu. Duit seringgit tu dah semakin hilang kuasa beli berbanding pada tahun 90an. Sedangkan nombor yang tulis pada duit seringgit tu tetap tak berubah dengan nombor yang sama tapi kuasa beli dah berbeza. Jangan kita salahkan barang yang nak dibeli. Kita patutnya sedar duit yang kita pegang tu sebenarnya tak menyimpan nilai. Kita perlukan duit yang lebih untuk dapatkan barang yang sama. Seperti contoh kalau kita nak beli karipap 5 biji macam tahun 90an dulu, kita kena tambah lagi sekeping seringgit supaya ia ja...

Wang kertas vs Emas

Image
Seronok tak kalau dapat gaji seperti dalam gambar ini. Pasti melompat katak kan. Disebalik gambar itu sebenarnya duit kertas tersebut nampak saja banyak, tapi Kuasa Beli nya kecil saja ketika tu. Tapi sekarang duit tu pun sudah tak LAKU. Gambar tersebut mengisahkan keadaan sebenar negara Zimbabwe yang mana sistem matawang mereka telah jatuh teruk semasa pemerintahan Presiden Mugabe. Ketika zaman pemerintahan Presiden Mugabe, wang kertas dicetak dengan sesuka hati sehingga menyebabkan wang kertas mereka hanya layak dijadikan "WALLPAPER". Untuk pengetahuan semua, nilai wang kertas akan merudum sekiranya ia dicetak tanpa kawalan oleh sesebuah negara. Disini saya bagi 7 keburukan menyimpan wang kertas. • Wang kertas dicipta oleh pihak berkepentingan sehingga digelar sebagai wang fiat manakala Emas adalah wang yang sebenar. • Wang kertas semakin tidak berharga kerana mengalami susut nilai akibat dimakan inflasi manakala emas semakin mahal harganya dan kekal nilainya; • Wang kertas...

Emas perhiasan penyimpan lebihan aliran tunai

Image
 ( https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/08/723306/emas-perhiasan-penyimpan-lebihan-aliran-tunai ) Emas perhiasan penyimpan lebihan aliran tunai Oleh Nik Nur Shafika Mustafa Harga emas dunia mencecah paras tertinggi dalam sejarah apabila melepasi AS$2,000 atau RM8,504 seauns Kemeruapan harga emas akhir-akhir ini disebabkan kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) dan momentum positif logam ini dipacu daya tarikannya sebagai aset selamat di tengah pergolakan perdagangan AS dan China, yang belum berpenghujung. Konflik AS dengan Iran selepas pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani juga menyebabkan ketindaktentuan pasaran. Serangan peluru berpandu Iran ke atas pangkalan udara Ain Al-Asad dan di Erbil di Iraq, selepas pengebumian komandernya, melonjakkan harga minyak dan emas. Situasi ini membuatkan harga emas mula melonjak pada paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun ini. Kini harga emas terperangkap di tengah keadaan di mana keadaan volatiliti dan kecairan tinggi menyebabkan as...

PG Jewel ke rumah anda

Image
 Jadi, k epada sesiapa yang masih blm ada akaun Public Gold atau PGMall, blh daftar di sini:  https://pgmall.my/register?referralPgCode=maznym@yahoo.com Atau hubungi saya. Mazni PG00241745 www.wasap.my/60185760862/pg-emas Selepas login di PG Mall, scroll ke bawah sehingga jumpa ikon PG Jewel. Klik pada PG Jewel...dan pilihlah yang mana berkenan di hati. Belian RM1000 ke atas: EPP (Easy Payment Purchase - patuh syariah) boleh dibuat sebanyak 4 bulan dan 6 bulan  Belian RM5000 ke atas:  EPP boleh dibuat sebanyak 10 bulan Maklumat lanjut: https://pg-emas.blogspot.com/2020/07/epp-pgjewel.html?m=1  

3 cara belian emas

Image
Berminat!! Hubungi saya. Mazni PG00241745 www.wasap.my/60185760862/pg-emas

Cara order emas dan perak di website Public Gold

Hubungi saya. Mazni PG00241745 www.wasap.my/60185760862/pg-emas

7 ciri-ciri emas terbaik

Image

Promosi FBLive - boleh bayar 10 kali

Image
Hubungi saya. Mazni PG00241745 www.wasap.my/60185760862/pg-emas

Harga emas yang tidak tetap

Image
Harga emas tidak pernah tunggu kita, harganya naik dan turun setiap hari tanpa gagal. Secara umumnya harga emas naik dalam jangkamasa panjang. Fokus utama penyimpan emas adalah tambah gram, sikit-sikit simpan gram secara konsisten setiap bulan. Boleh gunakan teknik ‘averaging price’ untuk dapatkan harga purata yang rendah bila kita konsisten simpan emas. Tahniah bagi yang dah mula simpan emas pada harga murah sebelum ini, harga mahal hari ini akan jadi murah pada masa akan datang insyaallah. Hubungi saya. Mazni PG00241745 www.wasap.my/60185760862/pg-emas