Tujuan simpan emas - 3

Setiap apa kita buat, perlu ada tujuan. Jadi jika nak mulakan simpanan emas ni, kita tanya diri kita dulu apa tujuan kita nak simpan emas.

Kat bawah ni saya ada listkan tujuan2 untuk simpan emas, mudahan bermanfaat ☺️

3. Simpan untuk dana pendidikan anak-anak
=======================================
Semua kita tahu dan sedar, kos belajar, kos pengajian dari masa ke semasa akan semakin meningkat tinggi. Kalau ambik purata kenaikan 6% inflasi setiap tahun, dalam tempoh 15 tahun kos pengajian akan naik hingga 100%!

Contohnya, tahun 2000 kos utk pengajian dalam bidang kejuruteraan ialah 60,000. Tahun ini 2020, kos telah meningkat kepada 139,000. Sangat tinggi kenaikannya.

Jika tak nak anak-anak terjerat dengan hutang PTPTN, maka sedaya upaya simpan dan alih dlm bentuk emas supaya kuasa beli (purchasing power) dlm 15 tahun kelak tak di mamah inflasi.

Nasi lemak 10 tahun akan datang pun kita tau akan jadi semakin mahal kan?

Sasarkan simpan 100 gram emas seorang.

Tanggungjawab sebagai dealer, saya nak orang faham apa konsep sebenar simpan emas.

Anda nak mula simpan emas, boleh je tanya saya direct. Tak perlu segan, saya tak makan orang pun. 

Saya tahu ramai rakan mempunyai masalah dan impian yang sama. Yang paling penting, anda perlu tahu kalau nk mula simpan emas adalah:

“Mengapa awak nak simpan emas?” 

P/s : Simpanan emas tak janjikan kaya tapi inshaaAllah masa akan datang tak miskin 😉 kalau kaya, datangnya dari Yang Maha Beri Rezeki.

Sumber: Izzat Zainuddin

Hubungi saya.
Mazni
PG00241745
www.wasap.my/60185760862/pg-emas

Comments

Popular posts from this blog

Emas perhiasan penyimpan lebihan aliran tunai

EPP PG Jewel