Emas vs wang kertas
Kita takut melihat harga emas ada naik dan ada turun, akhirnya kita pun takut nak simpan emas.
Kita lebih yakin simpan duit kertas sebab nombor pada kertas tak berubah.
Tapi disebalik apa yang perlu kita takutkan ialah turun nilai (kuasa beli) pada duit kertas.
Emas lagi turun harga, lagi berebut-rebut orang beli.
Duit kertas lagi turun nilai, lagi cepat-cepat orang cabut lari.
Jika kita kaji sejarah tamadun manusia, belum pernah nilai emas menjadi kosong.
Belum pernah ada sejarah emas di buang atau jadi bahan "sepak terajang" orang dek kerana nilainya jadi kosong.
Cuba kita lihat sejarah pada duit kertas yang telah banyak dibuktikan (tanya Dr Google).
Duit kertas jadi kosong tidak bernilai walaupun nombor pada kertas tu tidak berubah atau bertambah.
Seperti duit kertas Zimbabwe. Walaupun nombor banyak pada kertas, tapi hakikat sebenar kuasa beli pada duit kertas tu kosong tidak bernilai.
Nilai duit kertas bukan pada kertas tu. Ia bernilai diatas jaminan sesebuah kerajaan yang memerintah.
Kukuhnya ekonomi & politik sesebuah kerajaan, maka kukuh lah nilai pada duit kertas.
Jika tidak, nilainya boleh jadi kosong serta merta tanpa kita boleh buat apa-apa.
Berbeza pada emas, kerana nilai emas terletak pada emas itu sendiri.
Nilainya diukur berdasarkan berat & ketulenan semata, bukan terletak pada sesiapa.
Nilai emas dijamin oleh PenciptaNya.
Kerana emas adalah salah satu perhiasan di Syurga
Begitulah kisahnya,
Khaja Nazimudeen
Nota kaki;
Duit kertas Zimbabwe suatu ketika dulu hilang nilai sehinggakan dibuang kedalam tong sampah begitu saja.
Comments
Post a Comment