Kisah karipap misteri

𝗠𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗔𝗥𝗜𝗣𝗔𝗣 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 Dulu-dulu tahun 90an dengan RM1.00 kita boleh beli karipap (5 bijik singgit). Yang lahir tahun 90an memang tak tahu la ye.🤭 Tapi sekarang jumlah karipap jadi misteri, 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜? Yela, misteri sebab bilangan karipap dah hilang tak tahu ke mana dengan duit seringgit yang sama. Duit singgit sekarang hanya mampu beli mungkin 2 biji je karipap. Mana lagi 3 biji? Ha, ini la yang dikatakan 𝗜𝗡𝗙𝗟𝗔𝗦𝗜 terhadap duit seringgit tu. Duit seringgit tu dah semakin hilang kuasa beli berbanding pada tahun 90an. Sedangkan nombor yang tulis pada duit seringgit tu tetap tak berubah dengan nombor yang sama tapi kuasa beli dah berbeza. Jangan kita salahkan barang yang nak dibeli. Kita patutnya sedar duit yang kita pegang tu sebenarnya tak menyimpan nilai. Kita perlukan duit yang lebih untuk dapatkan barang yang sama. Seperti contoh kalau kita nak beli karipap 5 biji macam tahun 90an dulu, kita kena tambah lagi sekeping seringgit supaya ia ja...