Wang kertas vs Emas

Seronok tak kalau dapat gaji seperti dalam gambar ini. Pasti melompat katak kan.

Disebalik gambar itu sebenarnya duit kertas tersebut nampak saja banyak, tapi Kuasa Beli nya kecil saja ketika tu.

Tapi sekarang duit tu pun sudah tak LAKU.

Gambar tersebut mengisahkan keadaan sebenar negara Zimbabwe yang mana sistem matawang mereka telah jatuh teruk semasa pemerintahan Presiden Mugabe.

Ketika zaman pemerintahan Presiden Mugabe, wang kertas dicetak dengan sesuka hati sehingga menyebabkan wang kertas mereka hanya layak dijadikan "WALLPAPER".

Untuk pengetahuan semua, nilai wang kertas akan merudum sekiranya ia dicetak tanpa kawalan oleh sesebuah negara.

Disini saya bagi 7 keburukan menyimpan wang kertas.

• Wang kertas dicipta oleh pihak berkepentingan sehingga digelar sebagai wang fiat manakala Emas adalah wang yang sebenar.

• Wang kertas semakin tidak berharga kerana mengalami susut nilai akibat dimakan inflasi manakala emas semakin mahal harganya dan kekal nilainya;

• Wang kertas perlu ditambah dari semasa ke semasa untuk dapatkan  barang yang sama manakala Emas kalis inflasi;

• Wang kertas hanyalah sekeping kertas yg diperakui nilainya manakala Emas mempunyai nilai intrinsic;

• Wang kertas berbeza nilainya ikut negara dan peredaran zaman manakala Emas diiktiraf sepanjang zaman dan diterima di mana-mana seluruh dunia;

• Wang kertas boleh dicetak sesuka hati manakala Emas tidak boleh dicipta;

• Wang kertas boleh dimanipulasi manakala Emas tidak boleh dimanipulasi;


Begitulah,

Khaja Nazimudeen

Comments

Popular posts from this blog

Emas perhiasan penyimpan lebihan aliran tunai

EPP PG Jewel