Jangan bertangguh
*JANGAN BERTANGGUH.*
Saya berminat untuk mula menyimpan emas. Bajet saya segram saja sebulan. Berapa harga segram hari ni ?
Senyap.
Esok tanya lagi. Berapa harga segram hari ni?
Senyap.
Minggu depan tanya lagi. Berapa harga segram hari ni?
Senyap.
Bulan depan tanya lagi. Berapa harga segram hari ni?
Senyap.
Dengar nasihatku ini.. Tanya harga segram tidak menjadikan gram anda bertambah. Bila sudah ada duit, mula saja dengan segram sebagai permulaan.
Bila sudah mula, kita akan cepat serba-serbi. Cepat faham mahal murah harga. Cepat bertambah gram yang disimpan. Cepat bertambah harta dan kekayaan kita.
Selagi tidak bermula, rasa takut dan tamak akan selalu mengacau. Setiap kali tanya, harga semakin naik. Kita jadi takut.
Setiap kali tanya, harga makin turun. Kita pula jadi tamak.
Masa bergerak terlalu pantas. Sedar tak sedar selepas bertahun-tahun tahu tentang emas dan kebaikan menyimpannya, kita masih di takuk lama.
Segram pun takde!
*PEPATAH EMAS: "Jangan Tunggu Baru Beli tetapi Beli Dulu Baru Tunggu"*
Hari ni harga emas dah hampir mencecah
RM300/g. 😉
Sumber: Anto Muhto Abdul Aziz. Terima kasih ya.☺
Comments
Post a Comment