Kisah karipap misteri

𝗠𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗔𝗥𝗜𝗣𝗔𝗣 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚


Dulu-dulu tahun 90an dengan RM1.00 kita boleh beli karipap (5 bijik singgit). Yang lahir tahun 90an memang tak tahu la ye.🤭


Tapi sekarang jumlah karipap jadi misteri,

𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜?


Yela, misteri sebab bilangan karipap dah hilang tak tahu ke mana dengan duit seringgit yang sama.


Duit singgit sekarang hanya mampu beli mungkin 2 biji je karipap.


Mana lagi 3 biji?


Ha, ini la yang dikatakan 𝗜𝗡𝗙𝗟𝗔𝗦𝗜 terhadap duit seringgit tu.


Duit seringgit tu dah semakin hilang kuasa beli berbanding pada tahun 90an.


Sedangkan nombor yang tulis pada duit seringgit tu tetap tak berubah dengan nombor yang sama tapi kuasa beli dah berbeza.


Jangan kita salahkan barang yang nak dibeli. Kita patutnya sedar duit yang kita pegang tu sebenarnya tak menyimpan nilai.


Kita perlukan duit yang lebih untuk dapatkan barang yang sama.


Seperti contoh kalau kita nak beli karipap 5 biji macam tahun 90an dulu, kita kena tambah lagi sekeping seringgit supaya ia jadi RM2.00 untuk dapatkan 5 biji.


Nampak tak?


Harga barang nampak naik adalah disebabkan nilai pada duit yang kita pegang semakin merosot tanpa kita sedar.


Senang cakap, nilai yang kita simpan pada duit (duit kertas) tu telah "dirompak secara terhormat".


Berbeza dengan emas, sebabnya emas adalah penyimpan nilai yang paling ampuh sejak dulu kala lagi.


Nilainya lebih stabil berbanding duit kertas. Kita ambil contoh pada zaman Nabi (1400 tahun) dulu seekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar emas.


Dan pada zaman sekarang 1 dinar emas masih mampu beli seekor kambing. Inshaa Allah..


Begitulah kisah karipap misteri,

Khaja Nazimudeen

#teamkhaja


*Nota kaki:

Zaman sekarang bukan kuantiti karipap saja misteri, tapi inti dia pun misteri sekali, hanya angin saja..🤭



Comments

Popular posts from this blog

Emas perhiasan penyimpan lebihan aliran tunai

EPP PG Jewel