Emas perhiasan penyimpan lebihan aliran tunai
( https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/08/723306/emas-perhiasan-penyimpan-lebihan-aliran-tunai ) Emas perhiasan penyimpan lebihan aliran tunai Oleh Nik Nur Shafika Mustafa Harga emas dunia mencecah paras tertinggi dalam sejarah apabila melepasi AS$2,000 atau RM8,504 seauns Kemeruapan harga emas akhir-akhir ini disebabkan kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) dan momentum positif logam ini dipacu daya tarikannya sebagai aset selamat di tengah pergolakan perdagangan AS dan China, yang belum berpenghujung. Konflik AS dengan Iran selepas pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani juga menyebabkan ketindaktentuan pasaran. Serangan peluru berpandu Iran ke atas pangkalan udara Ain Al-Asad dan di Erbil di Iraq, selepas pengebumian komandernya, melonjakkan harga minyak dan emas. Situasi ini membuatkan harga emas mula melonjak pada paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun ini. Kini harga emas terperangkap di tengah keadaan di mana keadaan volatiliti dan kecairan tinggi menyebabkan as...
Comments
Post a Comment