Cerita Dinar

Cerita Dinar Public Gold telah memperkenalkan dinar sebagai salah satu produk emas fizikal pelaburan semenjak penubuhan syarikatnya 1 dinar adalah bersamaan dengan berat 4.25g. Dinar keluaran pertama Public Gold adalah berketulenan 916 (22K) pada tahun 2008. Pengeluaran 1 dinar 916 ini telah di hentikan pada awal 2014 kerana kehadiran cukai GST. Produk emas tempatan dikenakan cukai. Sebagai alternatif, Public Gold telah membawa masuk 1 dinar 999 (24K) keluaran Nadir Metal Rafineri, Turki. Emas keluaran Nadir ini bertaraf LBMA dan ia kecualikan cukai GST. Bermula dari situlah, berlaku sedikit demi sedikit ‘revolusi’ dinar emas Public Gold Di atas permintaan yang tinggi pada syiling dinar, bermula lewat tahun 2019 Public Gold telah membuat keputusan untuk mengeluarkan 1 dinar buatannya sendiri. Memandangkan GST telah di mansuhkan pada tahun 2018, emas keluaran tempatan adalah lebih mampu milik. Kebergantungan stok pada kilang Nadir juga dapat di kurangkan dan dinar yang bahar...