Cerita Dinar

 Cerita Dinar

Public Gold telah memperkenalkan dinar sebagai salah satu produk emas fizikal pelaburan semenjak penubuhan syarikatnya


1 dinar adalah bersamaan dengan berat 4.25g. Dinar keluaran pertama Public Gold adalah berketulenan 916 (22K) pada tahun 2008.


Pengeluaran 1 dinar 916 ini telah di hentikan pada awal 2014 kerana kehadiran cukai GST. Produk emas tempatan dikenakan cukai.


Sebagai alternatif, Public Gold telah membawa masuk 1 dinar 999 (24K) keluaran Nadir Metal Rafineri, Turki. Emas keluaran Nadir ini bertaraf LBMA dan ia kecualikan cukai GST. 


Bermula dari situlah, berlaku sedikit demi sedikit ‘revolusi’ dinar emas Public Gold


Di atas permintaan yang tinggi pada syiling dinar, bermula lewat tahun 2019 Public Gold telah membuat keputusan untuk mengeluarkan 1 dinar buatannya sendiri.


Memandangkan GST telah di mansuhkan pada tahun 2018, emas keluaran tempatan adalah lebih mampu milik. Kebergantungan stok pada kilang Nadir juga dapat di kurangkan dan dinar yang baharu lebih mudah di didapati, malah ia juga memiliki kualiti yang setanding produk LBMA


Produk dinar yang baharu di datangkan dengan sijil ketulenan yang berasingan ini lebih mesra arRahnu. Ianya mudah untuk di uji ketulenan emasnya.

[Kredit : Kamaruddin Jaffar]

Comments

Popular posts from this blog

Emas perhiasan penyimpan lebihan aliran tunai

EPP PG Jewel