Inflasi
I N F L A S I
Inflasi bermaksud kenaikan secara umum pada harga barang, inflasi akan mengurangkan kuasa beli kita. Jika hari ini dengan jumlah duit yang sama, kita tidak dapat membeli barang yang sama seperti 10 tahun lepas.
Inflasi berlaku kepada semua negara di seluruh dunia, apa yang beza adalah tinggi atau rendah kadar inflasi. Ada sesetengah negara pernah dilanda hiper-inflasi.
Hiper-inflasi bermaksud kadar inflasi sangat tinggi sehinggakan harga boleh naik mendadak dalam hari yang sama, contohnya harga barang keperluan pada pagi harga RM10 boleh jadi RM12 pada sebelah petang.
Contoh negara terdekat yang teruk dilanda hiper-inflasi adalah Venezuela, hari ini kalau rakyat Venezuela nak beli telur ayam perlukan berbilion Bolivar Venezuela. Adehhh.😅
Rakyat Venezuela semuanya billionaire tetapi hakikatnya miskin sebab terkesan oleh kejatuhan ekonomi dan nilai matawang negara mereka. Kaya diatas kertas tapi realitinya miskin. 😢
Nilai duit kertas tidak mampu untuk buat beli barang, ada yang gunakan duit kertas sebagai kertas untuk buat beg kraftangan. Duit kertas kembali kepada sifat asalnya sekeping kertas dan tiada nilai.
Inflasi turut berlaku di negara kita tapi dalam kadar yang terkawal sekitar 3-5% setiap tahun, itu pun ramai diantara kita mengeluh harga barang sentiasa naik.
Dulu mak ayah kita pergi kedai belanja barang dapur RM100 dapat penuh troli, hari ini RM100 kita cuma dapat 6-7 barang keperluan sahaja. Itulah kesan inflasi yang merompak kita dalam diam setiap hari tanpa kita sedar.
Salah satu usaha yang kita boleh buat untuk elak inflasi adalah dengan simpan emas, kuasa beli menggunakan emas tetap kekal dari dulu sampai ke hari ini dan seterusnya sampai bila-bila.
Ada kisah pada zaman nabi kita pada 1400 tahun dulu meminta sahabat membeli seekor kambing dengan 1 dinar, hingga ke hari ini 1 dinar mampu membeli seekor kambing. Itulah kuasa beli emas.
Emas terbukti beribu tahun sebagai penyimpan nilai dan duit yang sebenar, gunakan emas sebagai pelindung kepada nilai harta kekayaan kita. Insyaallah.
Semoga bermanfaat! 😘
[Sadiqin Sulong]
Comments
Post a Comment