3 Cara Belian Emas Public Gold
3 CARA BELIAN EMAS PUBLIC GOLD
Suka saya tegaskan Public Gold bukan syarikat pelaburan yang menawarkan keuntungan bulanan, dividen tahunan atau apa apa skim yang menjanjikan bulan dan bintang.
Public Gold adalah syarikat jual beli emas sama seperti Poh Kong, Tomei, dan kedai emas lain. Ketiga tiga cara belian telah disahkan patuh syariah. Tak ada istilah beli confirm kaya. Anda sendiri kena usaha, konsisten dan disiplin menyimpan.
Jadi jangan risau. Beli emas confirm dapat emas. Saya dah simpan sejak 2012. Tak pernah dengar lagi orang tak dapat emas.. Public Gold sediakan 3 cara belian :
1. Outright - Full Payment (Bayaran Penuh)
Sesuai untuk yang ada modal lebih RM 1000 untuk beli gold bar 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1000g atau 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.
Prosesnya : order emas (lock harga), buat bayaran, ambil emas di branch pilihan dan simpan sendiri.
2) Outright - Syariah Easy Payment Purchase (Beli emas bayar 4x atau 10x)
Sesuai untuk sahabat yang hendak memiliki item emas seperti Outright - Full Payment dengan 4 kali bayaran selama 4 bulan atau jika item emas 20 gram ke atas, boleh buat 10 kali bayaran selama 10 bulan. Setelah selesai bayaran, ambil emas dan simpan sendiri.
3) Akaun Emas GAP - Gold Accumulation Program (Program Pengumpulan Emas)
Sesuai jika bajet kecil sekitar RM 100. Anda buat bayaran by gram ke akaun PG, simpan dalam akaun emas secara percuma dan emas boleh diambil bila-bila masa anda mahu.
(Kredit: Adam Fahmi Ghazali)
Comments
Post a Comment