Emas vs ASB

 EMAS TAK BOLEH COMPARE DENGAN ASB

--------------------------------------------------------------------


Emas #tak_boleh compare dengan ASB. Ia comparison yang tak kena. Macam compare tukul dengan kapak. Walaupun kapak pun boleh juga ketuk paku, tapi fungsi kapak sebenar untuk potong kayu.


ASB ada dividen, emas tak ada. ASB aset kertas, emas aset fizikal. Emas nampak barangnya, ASB hanya ada nombor dan kertas je.


Ketika ASB bagi dividen, emas tak ada apa-apa. ASB nombornya kekal, emas nombor harganya berubah-ubah. Bila ringgit jatuh, harga emas naik mendadak mengimbangi kejatuhan itu sedangkan ASB walaupun nombornya bertambah tetapi kuasa belinya jatuh bila ringgit jatuh.


Sebab itu pakar kewangan Azizi Ali sarankan, 10% kekayaan mesti disimpan dalam bentuk emas. Tak pernah ada pakar kewangan sarankan simpan emas 100%. Emas hanya satu daripada banyak alat kewangan.


Alat kewangan yang memiliki CIRI-CIRI IDAMAN HATI hanyalah pelaburan yang di tawarkan oleh SKIM CEPAT KAYA (LINGKUP) sahaja... Boleh cuba kalau nak rasa pengalaman lingkup tu macam mana... ;)

[kredit : tuan Mohd Zulkifli Shafie dan Nurizaty Muhamad Nor]




Comments

Popular posts from this blog

Emas perhiasan penyimpan lebihan aliran tunai

EPP PG Jewel