Emas sebagai medium untuk capai matlamat
EMAS SEBAGAI MEDIUM UNTUK CAPAI MATLAMAT
Seperti yang kita maklum,emas fizikal kita boleh beli serendah 1gram.Ini merupakan cara terbaik untuk kita beli sikit-sikit dan simpan kerana harganya lebih mampu milik dan saiznya kecil.
Oleh itu,jadikan emas sebagai medium untuk kita capai matlamat kita seperti beli rumah,tanah,simpanan pendidikan dan lain-lain.
Oleh kerana emas dapat di beli dengan saiz yang kecil serendah 1gram,ini membolehkan kita kumpul sedikit demi sedikit mengikut bajet kita dan tidak terlalu membebankan.
Tanah atau rumah kita tidak boleh beli dengan saiz yang begitu kecil,tidak boleh beli 1 kaki,tapi perlu beli dengan saiz yang besar dan perlukan duit yang banyak.
Bila kita rasa sudah cukup nilai emas yang kita simpan untuk kita tukar kepada aset lain seperti tanah,jual emas yang kita ada dan beli tanah tersebut.Kita boleh dapat aset lain tanpa perlu berhutang.
Begitulah emas di fungsikan.Tidak perlu simpan terlalu lama.Jika ada keperluan,gunakan emas yang ada dengan hati yang tenang tanpa perlu berhutang.
Selamat mencuba.
[Syikin Dahlan SD]
Comments
Post a Comment