Posts

Showing posts from 2020

Cerita Dinar

Image
  Cerita Dinar Public Gold telah memperkenalkan dinar sebagai salah satu produk emas fizikal pelaburan semenjak penubuhan syarikatnya 1 dinar adalah bersamaan dengan berat 4.25g. Dinar keluaran pertama Public Gold adalah berketulenan 916 (22K) pada tahun 2008. Pengeluaran 1 dinar 916 ini telah di hentikan pada awal 2014 kerana kehadiran cukai GST. Produk emas tempatan dikenakan cukai. Sebagai alternatif, Public Gold telah membawa masuk 1 dinar 999 (24K) keluaran Nadir Metal Rafineri, Turki. Emas keluaran Nadir ini bertaraf LBMA dan ia kecualikan cukai GST.  Bermula dari situlah, berlaku sedikit demi sedikit ‘revolusi’ dinar emas Public Gold Di atas permintaan yang tinggi pada syiling dinar, bermula lewat tahun 2019 Public Gold telah membuat keputusan untuk mengeluarkan 1 dinar buatannya sendiri. Memandangkan GST telah di mansuhkan pada tahun 2018, emas keluaran tempatan adalah lebih mampu milik. Kebergantungan stok pada kilang Nadir juga dapat di kurangkan dan dinar yang bahar...

3 Cara Belian Emas Public Gold

Image
 3 CARA BELIAN EMAS PUBLIC GOLD Suka saya tegaskan Public Gold bukan syarikat pelaburan yang menawarkan keuntungan bulanan, dividen tahunan atau apa apa skim yang menjanjikan bulan dan bintang. Public Gold adalah syarikat jual beli emas sama seperti Poh Kong, Tomei, dan kedai emas lain. Ketiga tiga cara belian telah disahkan patuh syariah. Tak ada istilah beli confirm kaya. Anda sendiri kena usaha, konsisten dan disiplin menyimpan.  Jadi jangan risau. Beli emas confirm dapat emas. Saya dah simpan sejak 2012. Tak pernah dengar lagi orang tak dapat emas.. Public Gold sediakan 3 cara belian : 1. Outright - Full Payment (Bayaran Penuh)  Sesuai untuk yang ada modal lebih RM 1000 untuk beli gold bar 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1000g atau 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.  Prosesnya : order emas (lock harga), buat bayaran, ambil emas di branch pilihan dan simpan sendiri.  2) Outright - Syariah Easy Payment Purchase (Beli emas bayar 4x atau 10x) Sesuai untuk sahabat yang he...

Emas vs ASB

Image
 EMAS TAK BOLEH COMPARE DENGAN ASB -------------------------------------------------------------------- Emas #tak_boleh compare dengan ASB. Ia comparison yang tak kena. Macam compare tukul dengan kapak. Walaupun kapak pun boleh juga ketuk paku, tapi fungsi kapak sebenar untuk potong kayu. ASB ada dividen, emas tak ada. ASB aset kertas, emas aset fizikal. Emas nampak barangnya, ASB hanya ada nombor dan kertas je. Ketika ASB bagi dividen, emas tak ada apa-apa. ASB nombornya kekal, emas nombor harganya berubah-ubah. Bila ringgit jatuh, harga emas naik mendadak mengimbangi kejatuhan itu sedangkan ASB walaupun nombornya bertambah tetapi kuasa belinya jatuh bila ringgit jatuh. Sebab itu pakar kewangan Azizi Ali sarankan, 10% kekayaan mesti disimpan dalam bentuk emas. Tak pernah ada pakar kewangan sarankan simpan emas 100%. Emas hanya satu daripada banyak alat kewangan. Alat kewangan yang memiliki CIRI-CIRI IDAMAN HATI hanyalah pelaburan yang di tawarkan oleh SKIM CEPAT KAYA (LINGKUP) sah...

Akaun Emas Public Gold (GAP)

Image
  AKAUN EMAS PUBLIC GOLD (GAP) - SEBAGAI TABUNG GAJI - Gold Accumulation Program (GAP) sesuai untuk dijadikan sebagai "TABUNG GAJI" bagi mereka yang susah nak simpan duit setiap bulan. Kebiasaannya mereka yang makan gaji setiap bulan, memang susah nak simpan duit. Ada saja yang nak dibeli, contohnya belanja kepada perkara yang tidak menambah nilai kekayaan (bukan keperluan). Beli bermacam perkara sehinggalah duit gaji habis, baru kita rasa puas. Tapi kepuasan tu hanya sementara saja, lepas pada itu kita mula "nganga" tak ada simpanan. Dengan wujudnya akaun emas GAP ini, kita dapat mendisiplinkan diri untuk menyimpan setiap bulan. Tetapkan matlamat untuk menyimpan sekurangnya RM100 atau beli ikut harga 1gram emas setiap bulan (paksa diri). Akaun emas GAP adalah satu cara terbaik untuk simpan duit sebab duit kita sudah bertukar jadi emas. Bila duit sudah bertukar jadi emas, akan ada perasaan sayang untuk membelanjakannya dan kita ada keinginan nak kumpul emas lebih ba...

Inflasi

Image
 I N F L A S I Inflasi bermaksud kenaikan secara umum pada harga barang, inflasi akan mengurangkan kuasa beli kita. Jika hari ini dengan jumlah duit yang sama, kita tidak dapat membeli barang yang sama seperti 10 tahun lepas. Inflasi berlaku kepada semua negara di seluruh dunia, apa yang beza adalah tinggi atau rendah kadar inflasi. Ada sesetengah negara pernah dilanda hiper-inflasi. Hiper-inflasi bermaksud kadar inflasi sangat tinggi sehinggakan harga boleh naik mendadak dalam hari yang sama, contohnya harga barang keperluan pada pagi harga RM10 boleh jadi RM12 pada sebelah petang. Contoh negara terdekat yang teruk dilanda hiper-inflasi adalah Venezuela, hari ini kalau rakyat Venezuela nak beli telur ayam perlukan berbilion Bolivar Venezuela. Adehhh.😅 Rakyat Venezuela semuanya billionaire tetapi hakikatnya miskin sebab terkesan oleh kejatuhan ekonomi dan nilai matawang negara mereka. Kaya diatas kertas tapi realitinya miskin. 😢 Nilai duit kertas tidak mampu untuk buat beli baran...

Emas sebagai medium untuk capai matlamat

Image
EMAS SEBAGAI MEDIUM UNTUK CAPAI MATLAMAT  Seperti yang kita maklum,emas fizikal kita boleh beli serendah 1gram.Ini merupakan cara terbaik untuk kita beli sikit-sikit dan simpan kerana harganya lebih mampu milik dan saiznya kecil. Oleh itu,jadikan emas sebagai medium untuk kita capai matlamat kita seperti beli rumah,tanah,simpanan pendidikan dan lain-lain. Oleh kerana emas dapat di beli dengan saiz yang kecil serendah 1gram,ini membolehkan kita kumpul sedikit demi sedikit mengikut bajet kita dan tidak terlalu membebankan. Tanah atau rumah kita tidak boleh beli dengan saiz yang begitu kecil,tidak boleh beli 1 kaki,tapi perlu beli dengan saiz yang besar dan perlukan duit yang banyak. Bila kita rasa sudah cukup nilai emas yang kita simpan untuk kita tukar kepada aset lain seperti tanah,jual emas yang kita ada dan beli tanah tersebut.Kita boleh dapat aset lain tanpa perlu berhutang. Begitulah emas di fungsikan.Tidak perlu simpan terlalu lama.Jika ada keperluan,gunakan emas yang ada deng...

Apa yang menarik tentang emas

Image
  Apa yang menarik tentang emas ? Emas adalah aset yang paling mudah di cairkan dan aset mampu milik.Kita masih mampu simpan walaupun sebesar 1gram.Urusan jual beli juga mudah. Bila masa terbaik untuk beli emas?.Ini adalah soalan yang sering di ajukan.Masa terbaik untuk beli emas adalah masa kita ada duit.Dan duit kita itu bukan untuk kegunaan masa terdekat.Gunakan duit untuk beli emas,duit yang sememangnya untuk kita simpan jangkamasa panjang. Bila masa nak jual emas kita?. Jual semula apabila kita perlukan duit dan matlamat kita telah tercapai.Contoh kita menginginkan rumah idaman,jual emas kita di tangan,dan gunakan duit hasil jualan emas untuk deposit rumah atau gunakan emas yang ada untuk pendidikan anak-anak. Emas adalah medium simpanan.Jika simpanan kita sering bocor pada akhir bulan,maka emas adalah pilihan terbaik.Amalkan konsep simpan dulu baru belanja. Kalau belanja dulu,ada duit lebih baru nak menyimpan biasanya duit kita tu tiada lebihan.Ada saja benda yang kita rasaka...

Apakah Public Gold

Image
INFO PUBLIC GOLD 1) Apakah Public Gold? Public Gold adalah syarikat pelaburan emas fizikal pertama dan terbaik di Malaysia yang mempunyai 18 cawangan di Malaysia, Singapora, Jakarta dan akan datang di Brunei Darussalam. Produk yang dikeluarkan dan dijual adalah jongkong emas dan perak, dinar, dirham dan Akaun Emas GAP. *Public Gold tiada kena mengena dengan Public Bank. 2) Adakah Public Gold Multi Level Marketing (MLM)? Tidak. Konsep Public Gold bukan MLM. Ianya perniagaan emas. Konsepnya beli emas dapat emas sama seperti Kedai Emas. Cuma bezanya ada 4 iaitu: 1. Harga emas Public Gold jauh lebih rendah. 2. Design dan ketulenan di iktiraf dunia. 3. Spread margin (susut nilai) semasa hendak menjual semula adalah rendah. Cuma tolak 6-9% dari harga semasa. 4. Anda boleh membeli emas 24 jam sehari, dan boleh membeli serendah 1 gram emas. 3) Adakah di Public Gold mempunyai panel Syariah? Konsep Public Gold adalah membeli emas dapat emas. Apabila konsepnya begitu maka sudah menepati syarak. S...

Emas vs wang kertas

Image
 Kita takut melihat harga emas ada naik dan ada turun, akhirnya kita pun takut nak simpan emas. Kita lebih yakin simpan duit kertas sebab nombor pada kertas tak berubah. Tapi disebalik apa yang  perlu kita takutkan ialah turun nilai (kuasa beli) pada duit kertas. Emas lagi turun harga, lagi berebut-rebut orang beli. Duit kertas lagi turun nilai, lagi cepat-cepat orang cabut lari. Jika kita kaji sejarah tamadun manusia, belum pernah nilai emas menjadi kosong.  Belum pernah ada sejarah emas di buang atau jadi bahan "sepak terajang" orang dek kerana nilainya jadi kosong. Cuba kita lihat sejarah pada duit kertas yang telah banyak dibuktikan (tanya Dr Google). Duit kertas jadi kosong tidak bernilai walaupun nombor pada kertas tu tidak berubah atau bertambah. Seperti duit kertas Zimbabwe. Walaupun nombor banyak pada kertas, tapi hakikat sebenar kuasa beli pada duit kertas tu kosong tidak bernilai. Nilai duit kertas bukan pada kertas tu. Ia bernilai diatas jaminan sesebuah keraj...

Kisah karipap misteri

Image
𝗠𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗔𝗥𝗜𝗣𝗔𝗣 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 Dulu-dulu tahun 90an dengan RM1.00 kita boleh beli karipap (5 bijik singgit). Yang lahir tahun 90an memang tak tahu la ye.🤭 Tapi sekarang jumlah karipap jadi misteri, 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜? Yela, misteri sebab bilangan karipap dah hilang tak tahu ke mana dengan duit seringgit yang sama. Duit singgit sekarang hanya mampu beli mungkin 2 biji je karipap. Mana lagi 3 biji? Ha, ini la yang dikatakan 𝗜𝗡𝗙𝗟𝗔𝗦𝗜 terhadap duit seringgit tu. Duit seringgit tu dah semakin hilang kuasa beli berbanding pada tahun 90an. Sedangkan nombor yang tulis pada duit seringgit tu tetap tak berubah dengan nombor yang sama tapi kuasa beli dah berbeza. Jangan kita salahkan barang yang nak dibeli. Kita patutnya sedar duit yang kita pegang tu sebenarnya tak menyimpan nilai. Kita perlukan duit yang lebih untuk dapatkan barang yang sama. Seperti contoh kalau kita nak beli karipap 5 biji macam tahun 90an dulu, kita kena tambah lagi sekeping seringgit supaya ia ja...

Wang kertas vs Emas

Image
Seronok tak kalau dapat gaji seperti dalam gambar ini. Pasti melompat katak kan. Disebalik gambar itu sebenarnya duit kertas tersebut nampak saja banyak, tapi Kuasa Beli nya kecil saja ketika tu. Tapi sekarang duit tu pun sudah tak LAKU. Gambar tersebut mengisahkan keadaan sebenar negara Zimbabwe yang mana sistem matawang mereka telah jatuh teruk semasa pemerintahan Presiden Mugabe. Ketika zaman pemerintahan Presiden Mugabe, wang kertas dicetak dengan sesuka hati sehingga menyebabkan wang kertas mereka hanya layak dijadikan "WALLPAPER". Untuk pengetahuan semua, nilai wang kertas akan merudum sekiranya ia dicetak tanpa kawalan oleh sesebuah negara. Disini saya bagi 7 keburukan menyimpan wang kertas. • Wang kertas dicipta oleh pihak berkepentingan sehingga digelar sebagai wang fiat manakala Emas adalah wang yang sebenar. • Wang kertas semakin tidak berharga kerana mengalami susut nilai akibat dimakan inflasi manakala emas semakin mahal harganya dan kekal nilainya; • Wang kertas...

GAP COVER INSURAN PIDM TAK?

GAP COVER INSURAN PIDM TAK? Tak ada mana2 akaun emas dilindungi PIDM termasuk akaun2 emas di bank. Utk PG, semua emas (termasuk GAP) disimpan di Public Safe, Penang. Dan ada cover insuran. Beli GAP maksudnya kita amanahkan PG simpan emas bagi pihak kita. Bila nak beli emas (atau apa pelaburan sekalipun), benda paling penting kena ambil kira sebelum beli “adakah aku boleh tidur lena bila beli produk tersebut?” GAP ni sesuai utk org yg takut nak simpan emas sendiri je. Dia lebih “lena tidur” kalau PG simpankan sbb dia takut emas hilang kalau dia simpan sendiri. Bagi siapa yg tak yakin kredibiliti PG, beli & simpan sendiri je lebih baik. GAP cuma PILIHAN bagi siapa yg lebih yakin PG simpankan utk dia. Ni skrip yg disediakan oleh  tuan zulkiflie shafie

Simpan emas 1 gram 1 bulan

Image
  Tips Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan Saya kongsikan 5 tips kesemuanya.  Tapi jangan pula sampai anda sakit kepala yer. Tak dapat 1 gram setiap bulan pun tak mengapa. Boleh je simpan RM100 sebagai permulaan utk mencari rentak simpanan.  Jom ikuti 5 tips dibawah : Tips1 : Target simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai "Forgotten saving" (simpanan untuk dilupakan). Simpan, dan lupakan. Duit simpanan lain boleh disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji atau ASB.  Tips2 : Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 gram emas. Jangan tunggu duit Iebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit Iebih. Mindset menyimpan iaitu, “simpan dulu belanja selebihnya" bukan "belanja dulu simpan selebihnya".  Tips3 : Jangan tunggu harga terbaik. Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor. Takut-takut nanti, bila harga dah rendah, duit pula yang habis!  Tips4 : Beli emas melalui kaedah Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold. Itu kaedah ...

Emas perhiasan penyimpan lebihan aliran tunai

Image
 ( https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/08/723306/emas-perhiasan-penyimpan-lebihan-aliran-tunai ) Emas perhiasan penyimpan lebihan aliran tunai Oleh Nik Nur Shafika Mustafa Harga emas dunia mencecah paras tertinggi dalam sejarah apabila melepasi AS$2,000 atau RM8,504 seauns Kemeruapan harga emas akhir-akhir ini disebabkan kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) dan momentum positif logam ini dipacu daya tarikannya sebagai aset selamat di tengah pergolakan perdagangan AS dan China, yang belum berpenghujung. Konflik AS dengan Iran selepas pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani juga menyebabkan ketindaktentuan pasaran. Serangan peluru berpandu Iran ke atas pangkalan udara Ain Al-Asad dan di Erbil di Iraq, selepas pengebumian komandernya, melonjakkan harga minyak dan emas. Situasi ini membuatkan harga emas mula melonjak pada paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun ini. Kini harga emas terperangkap di tengah keadaan di mana keadaan volatiliti dan kecairan tinggi menyebabkan as...

Gold Accumulation Program, GAP

Image
  APA ITU AKAUN EMAS GAP GAP ialah singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah salah satu cara bagaimana kita boleh membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100. Ia kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 1 gram di Malaysia. PRINSIP SYARIAH DALAM GAP. Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold. Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian gram emas ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli. Pemilikan sebegini adalah berdasarkan kepada pemilikan secara hukum (qabadh hukmi/constructive possession). Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah. APA KEISTIMEWAAN GAP? Dengan GAP, kita mempunyai 2 pilihan : 1. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, ...

Kelebihan jadi Dealer Public Gold

 Ringkasan kelebihan Dealer Public Gold: 1. Beli goldbar,goldcoin 999au sendiri dpt komisen 1% 2. Customer beli goldbar,goldcoin 999au dapat komisen 1% 3. Beli barang kemas sendiri 916 dapat komisen 1% 4. Customer beli barang kemas 916 kita dapat komisen 1% 5. Beli barang dekat pgmall dapat komisen 1% 6. Customer beli barang dekat pgmall kita dapat 1% 7. Customer promosi pada orang lain pg mall dan orang lain beli barang dekat pg mall kita dapat juga 0.5% 8. Kita/customer beli silver kita dapat 1% 9. Boleh kembangkan 7bisnes bawah publicgold punya syarikat..masuk income kiri kanan depan belakang 10. Tidak perlu pegang stock emas untuk jual 11. Tidak perlu beli emas dulu untuk dijadikan modal untuk jual balik 12. Sentiasa dapat info dan update terbaru tentang produk, syarikat & promo terbaru 13. Reward berbentuk wang tunai & pelancongan(bukan musim sekarang sebab covid-19) jika target sale mencapai target 14. Manfaat wealthcard melebihi rm600 dengan bayaran rm200 sahaja 15. ...

Jom beli rantai dan jadi Dealer Public Gold

Image
Rantai Leher Beras ( padu) Panjang 45cm  Berat 17.49 gram Harga selepas masuk kod diskaun PGJ12 adalah RM5430 Boleh EPP 10, RM5448 Sebulan RM 545 sahaja Belian layak dapat status dealer PG dengan tambahan RM200 wealth card Kelebihan jadi Dealer  https://pg-emas.blogspot.com/2020/07/kelebihan-jadi-dealer.html?m=1 Berminat!! Hubungi saya. Mazni PG00241745 www.wasap.my/60185760862/pg-emas

Kenapa saya pilih emas Public Gold

Image
Menulis atau membicarakan tentang emas, saya cuma banyak menceritakan mengenai emas Public Gold sahaja, bukan emas syarikat lain kenapa???? 🙂. Public Gold menghampiri 13 tahun, kejujuran dan ketelusan syarikat ini menyebabkan kami yakin untuk kongsikan dengan semua pembaca. 🙂. Selama hampir 13 tahun individu yang beli emas dari Public Gold akan dan pasti mendapat emas masing-masing. BUKANNYA DAPAT KERTAS ATAU PENAPIS AIR. 🙂. Setakat hari ini hanya emas Public Gold yang lengkap dengan ciri ciri yang baik dan sesuai untuk disimpan. (MUNGKIN DITIRU OLEH SYARIKAT LAIN, TETAPI IANYA AMAT MUSTAHIL PADA PANDANGAN SAYA) 🙂. Satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang ada Sijil Patuh Syariah untuk semua jenis kaedah belian. 🙂. Kredibiliti dan track rekod Public Gold yang baik, cemerlang dan telus menyebabkan syarikat gergasi seperti Pos Malaysia sudi jadi rakan niaga. 🙂. Emas taraf LBMA dan dikecualikan GST. Ini sangat baik bagi kita yang berniat mahu menyimpan dan berjimat....

Gold Accumulation Program (GAP)

Image
Gold Accumulation Program (GAP) tu kaedah pembelian mcm akaun emas yg ditawarkan oleh bank Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli & simpan emas fizikal dgn jumlah minimum RM100 setiap kali belian. Boleh beli & jual bila2 masa. Tak ada syarat wajib beli setiap bulan. Kalau nak keluarkan emas tu sama ada dalam bentuk dinar atau bar & simpan sendiri pun boleh. Bagusnya GAP ni kita boleh beli emas sikit2 dan simpan dgn PG tanpa sebarang caj. Tak ada had belian & tak ada had tempoh masa utk simpan. Perak juga boleh dibeli dengan cara yang sama sebagaimana kita beli emas, tetapi menggunakan program  SAP, boleh beli serendah RM100. Berminat!! Hubungi saya. Mazni PG00241745 www.wasap.my/60185760862/gap

Public Gold Marketing Sdn. Bhd.- Patuh Shariah

Image
 

Boleh bayar secara FPX untuk pembayaran GAP, PG Mall dan PG Jewel

Image
 

Kelebihan PG Jewel

Image
 Kelebihan PG JEWEL. 1 - Barangnya adalah baru dari kilang bukannya emas terpakai yang diproses kembali. 2 - Boleh buat ansuran dan PATUH SYARIAH yang diiktiraf oleh Amanie Advisor. 3 - Dipos sampai rumah dengan cover insuran dan ianya adalah PERCUMA. 4 - Setiap pembelian kita akan dapat balik 0.5% cash back walaupun kita adalah customer sahaja. 5 - Barangnya berkilauan dan merelit dan tidak cepat kusam disebabkan bahan campurannya sebanyak 8.4% yang digunakan adalah bahan campuran terbaik. 6 - Boleh buat bayaran melalui mastercard tanpa  dikenakan apa-apa caj pun. 7 - Boleh juga buat bayaran melalui grabPay, booshPay, iPay88 dan sebagainya. 8 - Upah tukang yang berpatutan dan harga pergram yang agak murah. 9 - Bayaran ansuran tidak dikenakan caj yang tinggi. Jadi, k epada sesiapa yang masih blm ada akaun Public Gold atau PGMall, blh daftar di sini:  https://pgmall.my/register?referralPgCode=maznym@yahoo.com Atau hubungi saya. Mazni PG00241745 www.wasap.my/60185760862/pg-...

Promosi menjadi Dealer Public Gold, 1-31 Ogos 2020

Image
Tempoh Promosi : 1 - 31 Ogos 2020 Percuma!! Payung Public Gold (selagi stok masih ada) Jangan lepaskan peluang keEMASan ini. Untuk jadi PRIORITY DEALER: beli 100 gram emas dalam satu resit. Untuk menjadi DEALER: beli 50 gram emas dalam satu resit. Kelebihan jadi DEALER Public Gold  https://pg-emas.blogspot.com/2020/07/kelebihan-jadi-dealer.html?m=1 Berminat!! Hubungi saya. Mazni PG00241745 www.wasap.my/60185760862/pg-emas

PG Jewel ke rumah anda

Image
 Jadi, k epada sesiapa yang masih blm ada akaun Public Gold atau PGMall, blh daftar di sini:  https://pgmall.my/register?referralPgCode=maznym@yahoo.com Atau hubungi saya. Mazni PG00241745 www.wasap.my/60185760862/pg-emas Selepas login di PG Mall, scroll ke bawah sehingga jumpa ikon PG Jewel. Klik pada PG Jewel...dan pilihlah yang mana berkenan di hati. Belian RM1000 ke atas: EPP (Easy Payment Purchase - patuh syariah) boleh dibuat sebanyak 4 bulan dan 6 bulan  Belian RM5000 ke atas:  EPP boleh dibuat sebanyak 10 bulan Maklumat lanjut: https://pg-emas.blogspot.com/2020/07/epp-pgjewel.html?m=1  

Jangan bertangguh

*JANGAN BERTANGGUH.* Saya berminat untuk mula menyimpan emas. Bajet saya segram saja sebulan. Berapa harga segram hari ni ? Senyap. Esok tanya lagi. Berapa harga segram hari ni? Senyap. Minggu depan tanya lagi. Berapa harga segram hari ni? Senyap. Bulan depan tanya lagi. Berapa harga segram hari ni? Senyap. Dengar nasihatku ini.. Tanya harga segram tidak menjadikan gram anda bertambah. Bila sudah ada duit, mula saja dengan segram sebagai permulaan. Bila sudah mula, kita akan cepat serba-serbi. Cepat faham mahal murah harga. Cepat bertambah gram yang disimpan. Cepat bertambah harta dan kekayaan kita. Selagi tidak bermula, rasa takut dan tamak akan selalu mengacau. Setiap kali tanya, harga semakin naik. Kita jadi takut. Setiap kali tanya, harga makin turun. Kita pula jadi tamak. Masa bergerak terlalu pantas. Sedar tak sedar selepas bertahun-tahun tahu tentang emas dan kebaikan menyimpannya, kita masih di takuk lama. Segram pun takde! *PEPATAH EMAS: "Jangan Tunggu Baru Beli tetapi Be...

3 cara belian emas

Image
Berminat!! Hubungi saya. Mazni PG00241745 www.wasap.my/60185760862/pg-emas

Cara order emas dan perak di website Public Gold

Hubungi saya. Mazni PG00241745 www.wasap.my/60185760862/pg-emas

7 ciri-ciri emas terbaik

Image

Jom beli barang kemas dan jadi Dealer PG Group

Image
Dengan RM500 + RM200 untuk Wealth Card dah boleh jadi Dealer. Memang menarik sungguh! Hubungi saya sekarang. Mazni PG00241745 www.wasap.my/60185760862/dealer

Prinsip shariah dalam GAP

Image
PRINSIP SYARIAH DALAM GAP. Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold. Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian GAP ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli. Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah. *Insya'allah sebelum hujung tahun ini, sijil patuh syariah fasa kedua akan menyusul. Sijil ini akan menjadi bukti, Acc GAP publicgold patuh syariah. Cnp dr posting lama

Cara nak topup emas secara GAP

Image
Sila ke laman web rasmi Public Gold  https://www.publicgold.com.my/index.php/login Pastikan anda sudah ada PG Code ya (PG xxxx). Jika belum ada, blh hubungi saya Mazni (018 576 0862) untuk buka akaun dan mendapatkan PG Code. Masukkan username anda : PGxxx dan password dan klik butang Log in. Klik di icon Menu dan pilih MY GAP. Boleh pilih sama ada nak Go To New Site atau Click here to go back to Classic Site... sama macam maybank2u.com. Saya suka Go To New Site ☺☺ Pastikan nama dan PGCode yang dipaparkan tu betul ya. Kemudian pilih BUY GAP NOW jika nak beli emas atau BUY SAP NOW jika nak beli perak. Kita nak beli emas, jadi pilih BUY GAP NOW. Boleh pilih sama ada nak bayar secara Pay Online (FPX) atau Bank In.  Jika pilih Bank In, kena buat bayaran dulu di  5571 3923 8048 (Maybank) Public Gold Marketing Sdn Bhd dan simpan resit sbg bukti bayaran. Contoh, saya pilih Bank In. Masukkan Purchase Amount, sbg cth RM300, jd akan dapat 1.0381 gram emas. Kemudian, klik pada Choose...

Kelebihan jadi pelanggan Public Gold

Image
Untuk sesiapa yang belum jadi pelanggan Public Gold ( belum ada PG Code iaitu PG00xxx ), jom daftar di PGMall guna link ini:  https://pgmall.my/register?referralPgCode=maznym@yahoo.com Ada banyak kelebihan yang kita boleh dapat. 1) Dapat cashback 0.5% bila shopping di PGMall dan PGJewel. 2) Buka web site PGMall  https://pgmall.my/home Login dulu. Kemudian, klik pada ikon Account di bahagian bawah. Akan dapat page ini. Klik kat WhatsintheBox. Setiap hari buka sekali.. Tengok apa hadiah yang diberi, sama ada boucer atau duit. Kalau dpt duit, blh check di C Wallet. Duit ini blh digunakan untuk shopping di PGMall. Kemudian, blh download dan install PGMall di hp. Guna username dan password yang sama untuk login. Pertama kali kita log in dalam PG Mall apps ni, kita akan dapat RM3 bila kita Shake the World.  Cara untuk Shake the World, cari ikon bumi bergerak di bahagian bawah. Klik pada ikon tu. Klik pada bumi tu dan tengok apa hadiah yang diberi. Setiap hari, kita boleh Shake ...

Kelebihan jadi Dealer Public Gold

Ini 2 kelebihan jika jadi Dealer Public Gold.  Dealer akan dapat 2 jenis faeds melalui Public Gold Marketing dan juga PGMall Sdn Berhad (kedua-duanya ialah dia bawah PG group of companies)  PERTAMA ————- Beli sendiri produk PG akan dapat  Komisyen 1% utk status dealer  Komisyen 1.5% utk status priority dealer  Perkenalkan produk PG kepada customer baru , akan dapat Komsiyen 1% utk status dealer  Komsiyen 1.5% utk status priority dealer ———————————————————- KEDUA ———— Beli sendiri produk pgmall termasuk pgjewel Cash back  1% utk status dealer  Cash back 1.5% utk status prioritu dealer  Perkenalkan produk pgmall termasuk pg jewel kepada customer baru, akan dapat Cash back 0.5% . Dan yang paling bagus, TIADA YURAN TAHUNAN dan BOLEH DIWARISI! Public Gold memang selalu ada buat promosi untuk jadi Dealer. Salah satunya adalah  https://pg-emas.blogspot.com/2020/07/jon-beli-rantai-emas-dan-jadi-dealer.html?m=1 Jika dah bersedia nak jadi Dealer a...

Promosi FBLive - boleh bayar 10 kali

Image
Hubungi saya. Mazni PG00241745 www.wasap.my/60185760862/pg-emas

Jom beli rantai emas dan jadi Dealer

Image
Boleh EPP 6 kali (bulan), selepas diskaun, dapat harga RM RM2428.48 Jika anda order dua set rantai di atas dan genapkan belian 5k (atau tambah apa-apa produk emas yang lain) boleh buat EPP 10 bulan, dan tambahan Rm200 wealth card terus dapat status DEALER PG @ SUPER SHOPPER. Jangan lepaskan peluang ini, selagi stok masih ada. Hubungi saya. Mazni PG00241745 www.wasap.my/60185760862/pg-emas

Macam-macam ada di Public Gold

Image
Jika anda dah didaftarkan di Public Gold, anda akan dapat username yang bermula dengan PGxxxxxx. Kemudian, klik    https://www.publicgold.com.my/index.php/login    dan login. Tak mau login pun boleh, tetapi jika tak login, tak akan dapat lihat menu MY GAP. Antara menu istimewa ialah:  1) Pergi ke Menu, dah pilih HOME... Di situ blh tengok harga emas semasa. 2) Pergi semula ke Menu, dan pilih PRODUCT... byk pilihan di sana. 3) Pergi semula ke Menu, dan pilih MY GAP... di situ boleh beli emas atau perak secara sikit-sikit, minimum RM100....beli banyak pun boleh juga.  Hubungi saya. Mazni PG00241745 www.wasap.my/60185760862/pg-emas